Sunday, May 16, 2021

Aspek Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka (Pembentukan Empayar)

 ASPEK KEGEMILANGAN

Kesultanan Melayu Melaka telah meneruskan tradisi kegemilangan kerajaan yang unggul di Alam Melayu.

Kegemilangan kerajaan ini dapat dilihat dalam aspek:

–Pembentukan empayar

–Kemunculan pusat penyebaran agama Islam

–Pusat Perdagangan

–Pengurusan Perdagangan

–Hubungan Luar

Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka juga dapat dibuktikan dengan kemunculan bahasa Melayu sebagai lingua franca dan sebanyak 84 bahasa dipertuturkan di Melaka.

EMPAYAR YANG LUAS 

–Meliputi seluruh Semenanjung Tanah Melayu dan kawasan pantai timur Sumatera

–Terdiri daripada tanah jajahan dan naungan

–Kegemilangan dilihat dalam aspek cara pembentukan, kepentingan dan struktur pentadbirannya.




Perluasan empayar membolehkan Kesultanan Melayu Melaka menguasai politik dan ekonomi wilayahnya serta menyebarkan agama Islam. Hal ini telah mendorong Kesultanan Melayu Melaka muncul sebagai sebuah kerajaan yang kuat dan gemilang di Alam Melayu. Kita patut berbangga dengan kejayaan dan kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.